Ahad, 8 April 2018

Kenyataan 17 - Musim Bunga

Saya agak lewat membuat kenyataan, Kenyataan 17 adalah kesinambungan dari kenyataan 16 pada tahun lalu di ayasaku.wordpress.com sebelum kami ditumbangkan pada 06/12/2017 iaitu pada waktu pagi. Kami tidak mahu membincangnya lagi dan seperti biasa, pada setiap musim kami akan umumkan anime apa kami akan lakukan nanti, tetapi tidak termasuk saya. Setelah berbincang (bukan saya) mereka mengambil keputusan untuk melakukan pensarikataan pada dua siri anime pada musim ini. Dua anime ini agak eksklusif setahu saya tetapi mereka ingin teruskan juga. Sesiapa yang tidak tahu apa itu eksklusif, saya tidak tahu bagaimana ingin menerangkannya dan untuk menulisnya agak panjang.

Paparan seperti dibawah :


Pada gambar sebelah kiri adalah Devils line dan pada sebelah kanannya pula adalah Mahou Shoujo Site.

Mahou Shoujo Site kami menggunakan typesetter dan penterjemah yang sama seperti siri Citrus, Dies Irae, dan beberapa lagi. Bagi Devils line untuk terjemahan pula kami menggunakan orang kuat Frankrx dan Typo Warrior iaitu Zeronos bagi membantu Hiruna. Keluaran pertama kami mungkin  agak lewat sedikit sama seperti tahun-tahun lepas. Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat kfx pada salah satu lagu buka dan lagu penutup untuk dua siri anime kali ini, anda boleh hubungi kami di muka buku bagi memudahkan kami menghubungi anda.

Bagi berkenaan yang lain bagi siri Citrus kami akan tamatkan dengan segera, paling lewat hari ahad ini. Berkenaan dengan muka buku kami pula, kami tidak boleh menggunakan sebarang pautan url jika terdapat domain Ayasaku sehingga kini. Semua kemas kini akan dilakukan pada laman ini tanpa muka buku selepas ini. Jikalau anda ingin berkongsi pautan ke laman muka buku anda, sila guna shorten url (Url pendek). Semoga anda bergembira dengan hendaknya.

Bagi admin laman pula saya serahkan pada Deko untuk menguruskannya, di mana Cik Nomy begitu sibuk, dengan kerja di tempat barunya bermula 6 Januari 2018 yang lalu. Sebarang pertanyaan boleh di ajukan terus kepada saya dan jika saya kelapangan saya akan membalasnya dengan segera.

Sekian terima kasih.

0 comments: