Akuan

Platform ini berteraskan atau berdasarkan pensarikataan pada dialog dan beberapa antara muka yang tidak boleh dimainkan pada gadjet-gadjet/pemain video kecuali hanya pada komputer peribadi jika di pasang dengan codec.

Semua anggota yang terlibat hanya memenuhi masa terluang dan kebanyakkan bukan anggota teras atau boleh dikatakan sukerela yang ingin menonjolkan bakat serta kebolehan mereka pada umum.

Tiada sebarang keuntungan diambil dari hasil keluaran platform ini, dari atas penama domain yang dahulu dikenali sebagai ayasaku.wordpress.com dan kini diubah atas nama ayasaku.blogspot.com.

Tiada ahli politik yang terlibat mahupun dari pihak pembangkang, ahli korporat atau lain-lain seangkataan dengannya, dimana keseluruhan anggota membenci politik dan menolaknya dengan kata lain tiada sebarang adunan politik diselitkan pada bahagian dialog.

Tiada sebarang wang bantuan diterima oleh kerana platform ini percuma kepada semua bagi sesiapa yang ingin muat turun.

Platform ini didirikan bagi menanam minat kepada semua yang ingin mempelajarinya diatas 4 kod dasar sumber terbuka "Estrak, Buka, Ubah, Pelajarinya".

Semua video yang terdapat didalam platform ini, diambil secara percuma ditorrent-torrent.

Semua kod-kod yang diselitkan bersama dialog adalah dihasilkan oleh sumber terbuka dan juga sumber tertutup yang dibina sendiri bagi memudahkan kesan efek dihasilkan dan beberapa pengetahuan asas lua.

Platform ini hanya membuat beberapa siri-siri Anime yang tidak dilesenkan atas penayangan ditelevisyen-televisyen malaysia.

Platform ini tidak menyokong sebarang bentuk simulcast, si penerima lesen yang bersifatkan wang semata-mata serta mengambil kesempatan dengan menghalang, memadam serta lain-lain lagi supaya generasi seterusnya tidak berminat untuk menceburinya lagi atas kod sumber terbuka.

Platform ini akan kekal sebagai sumber terbuka kepada sesiapa yang masih lagi berminat untuk meneruskannya dan platform ini tidak sesekali menukar dari sumber terbuka kepada sumber tertutup mana ia menyukarkan lagi bagi kelahiran baharu.


Ayasaku Fansubs,

Copy Ninja




0 comments: