Maklumat Tambahan

Di bawah ini terdapat beberapa penerangan ringkas tentang kedudukan setiap anggota yang kami ambil dari luar dan ada sesetengah itu kami telah mengubahnya bagi tujuan untuk memudahkan seseorang itu untuk membacanya.

Sebelum itu, warna hitam adalah perkara biasa yang selalu berlaku diantara kami malah fastsub/speedsub atau fansub lain juga mengamalkan perkara yang sama.

Warna merah pula adalah perkara yang jarang berlaku dan selalunya mereka ini dikategori fansub yang mempunyai rating yang agak tinggi ditorrent. Kita boleh lihat ketika dahulu setiap torrent mereka berwarna biru muda.

Semua ini telah diringkaskan oleh kerana saya malas ingin menulisnya dan semua posisi kami biarkan dalam berbahasa inggeris bagi memudahkan anda memahaminya.

Translator/TLC

Kebiasaannya seseorang yang pandai mensarikata dari bahasa jepun kepada bahasa tempatan bermaksud bahasa yang digunakan oleh negara mereka atau berbahasa inggeris. Jika dimalaysia anda hanya perlu dapatkan dialog berbahasa inggeris lalu menukarnya kepada bahasa melayu. Jika fansub luar TLC amat diperlukan oleh kerana mereka akan menyemak semula Dialog dari CR lalu membetulkannya semula tanpa perlu mensarikatanya keseluruhannya semula.



Encoder (Kelas Pertama)

Bila menyebut tentang encoder, semua orang boleh membayangkan ianya adalah sesuatu proses yang agak lama. Mungkin sesetengah itu anda tidak memahaminya apa itu encoder, jika anda kata proses itu agak lama tapi apa yang anda hadapi itu adalah proses re-encode , tetapi mereka juga masih didalam posisi yang sama. Proses encode mengambil masa 50 kali lebih lama dari proses re-encode, jika mempunyai keupayaan komputer yang agak lemah.

Saya terjemahkan untuk anda bagi anda memahaminya (Kebiasaannya Video raw berbentuk TS dan fansub mengelarkan mereka capper dan capper akan menyerahkan rawnya pada encoder)

Anda mampu membersihkan Transport Streams (.ts files) jika terdapat kecacatan pada video tersebut malah mampu menyediakan video tersebut sebelum 48jam setelah tayangan. Anda perlukan komputer yang agak baik jika tiada “Rig Pengenkod” berasingan. Secara umum kami perlukan proses yang agak cepat bagi memudahkan kami menyelesaikan kerja kami.

Re-encode (Encoder Kelas Kedua)

Re-encode agak mudah, mungkin saya tidak perlu jelaskannya. Jika anda bergerak bagi sesuatu grup atau kumpulan proses re-encode juga agak penting bagi sesebuah fansub kecil-kecilan seperti kami. Tetapi sila pastikan atur cara untuk mengencode adalah betul, jika semuanya tiada masalah anda dikategorikan sebagai seorang encoder kelas kedua.

Timer

Bagi pengatur masa tugasnya agak berat jika diluar sana, tugasnya adalah menentukan masa masuk dialog dan juga masa keluar dialog bermakna tidak terlalu awal dan juga terlalu lambat. Mereka perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu Pass file keyframe untuk setiap satu episod. Shift pada lagu buka dan penutup sebelum dan selepas pada setiap episod. Timer juga membuat banyak kerja termasuk membantu kfx membuat tag karaoke. Selain itu menanda masa pada tanda-tanda yang harus typesetter melakukannya. Shift dialog dari Tv ke Bluray dan lain-lain lagi. Mereka juga mempunyai program khas mereka sendiri bagi memudahkan kerja-kerja shift dilakukan secara automatik tetapi bergantung pada video dan juga audio. Jika kualitinya teruk seperti video atau audio, programnya akan gagal berfungsi dengan baik.

Karaoke fx (Kfx)

Mungkin saya tidak perlu jelaskan lagi dan mereka akan agak berkemahiran tentang kara templater dengan membina efek-efek yang agak pelik pada lagu buka dan penutp, selain itu mereka juga mencipta kod-kod auto generate.lua pada notepad seperti contoh dibawah;

function Rokka_op(subs, config)
-- Membaca header --
aegisub.progress.task("Getting header data...")
-- (Nota) Baris berikut memanggil fungsi karaskel untuk mencipta struktur gaya, meta.res_x dan meta.res_y,
-- koordinat kedudukan garis dan suku kata supaya tepat dengan resolusi yang betul.
-- Mengambil dan mengumpul data header --
local meta, styles = karaskel.collect_head(subs)
-- (Nota) Satu lagi mesej yang menunjukkan apa yang anda ingin lakukan dan menetapkan pemboleh ubah
-- yang kemudiannya akan digunakan untuk menghasilkan kesan efek.
-- Kitaran pada semua baris ASS dan memula kesan efek --
aegisub.progress.task("Applying effect...")
local i, ai, maxi, maxai = 1, 1, #subs, #subs
-- Menyalin baris semasa ke pemboleh ubah buat sementara –

Ini adalah contoh transkrip yang mereka bina sendiri dengan beberapa nota.

Typesetter

Tahu menggunakan Ass tag dan berkemahiran mengenakan font yang sesuai pada tanda-tanda yang harus dibuat. Setiap grup softsub atau grup hardsub tidak akan menerima AFX typesetter oleh kerana fail yang akan dihasilkannya adalah hardsub.

Editor

Dibarat editor hanya membetulkan kesilapan typesetter, selain itu membetulkan kesalahan pada dialog dan bahasa yang harus digunakan. Jika kami setiap musim kami akan mengubahnya bagi mengelakkan timbulnya rasa bosan.

QC

Sesetengah grup melakukan tugas ini cara yang berbeza. Di sini, anda perlu menyemak skrip terakhir jika terdapat kesilapan dalam penataan, masa / waktu, dan juga melihat semula kesilapan pada tatabahasa yang ada pada dialog. Peranannya sama seperti editor, anda perlu serius walaupun membuatnya secara percuma. Pelepasan(Rilis) yang baik bergantung kepada QC yang baik .