Memaparkan catatan dengan label TV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TV. Papar semua catatan

Isnin, 12 Mac 2018

[Ayasaku] Citrus Ep 01 - Ep 03


720p : DDL

Kali ini terjemahan kami adalah Citrus. Projek ini telah bermula pada 10/01/2018 tidak silap saya, yang diketuai oleh Woman Pride aka Hiruna. Dan keluaran asalnya berbentuk Hardsub yang diencode oleh mereka sendiri dan diedarkan secara tertutup di channel telegram mereka dan permintaannya agak tinggi. Saya tidak tahu channel mana, apa yang pasti kami cuma jalankan tugas seperti biasa. Untuk versi mereka pula menggunakan video asal tetapi versi kami pula menggunakan sumber lain dan sumber videonya agak lewat dalam seminggu atau dua minggu selepas tayangan.

Kali ini kami meminta bantuan tnine untuk menyediakan video raw dimana anggota kami agak sibuk dengan urusan dunia yang lain. Dari segi dialognya pula, kami menggunakan dialog-dialog mudah seperti terdapat pada Plastic Memories, Dies Iraie dan juga Stiens; Gate.

Secara jujur apa yang saya boleh gambarkan ia sesuatu yang agak luar biasa. Dari segi typeset pula kali ini Hiruna sendiri yang membuatnya dan apa yang saya boleh beritahu tiada sesiapa yang akan membuat typeset pada jump frame termasuk fansub luar oleh kerana prosesnya paling lama dan membosankan. Apa yang saya terkejut ia boleh membuatnya dengan cepat dan tidak silap saya sekarang mereka telah selesai pada episod 10 pada petang semalam.

Terima kasih kepada saya sendiri dan juga nama-nama yang turut terlibat seperti dibawah:

Ketua Projek - Hiruna
TL, ED Lyrical – Meimay
Editor, Timer, Typeset – Hiruna
OP Lyrical, Qc – Deko
Kfx – Norry
Encoder – Tnine80

Untuk berita lain, mungkin esok atau lusa pemerintahan tertinggi kami akan membuat kenyataan terbaharunya. Tidak lupa juga kami telah menambah fungsi disqus pada ruang komen kami. Sila komen dengannya dengan rasa bangga.

Nota : Jika anda menghadapi sebarang isu permain video yang terdapat didalam komputer anda, Sila pastikan anda menggunakan versi terbaru CCCP atau  KCP yang telah dikemas kini. Ataupun paling mudah anda boleh memasang K Lite Mega Codec pada komputer anda. Buang semua pemain video sebelum memasangnya bagi mengelak konflik pada pemain video.

Sabtu, 30 Disember 2017

[Ayasaku] Dies Irae - 11 [TV 720p AAC][MALAYSUB][ABEAAE37] Akhir


720p : DDL

Nama-nama yang terlibat bagi menjayakan siri D𝔦𝔢𝔰 I𝔯𝔞𝔢 kali ini seperti tertera dibawah ;

TL : Meimay
Editor, Timer : Hiruna
Encoder : Tnine80
Typeset : noel
Qc : Meimay
Kfx : Susera
Distro Distributor : Tapaw7

Kami akan meneruskannya seperti biasa jika terdapat Ova atau lain-lain yang berkenaan tentang sambungannya. Terima kasih kerana sentiasa bersama kami.

Rabu, 27 Disember 2017

[Ayasaku] Perang Zodiak – 12 [TV 720p AAC][MALAYSUB][1D3F5DB9] Akhir


720p : DDL

Penutup kali ini penuh dengan kanser.
Terima kasih kepada yang turut terlibat dalam terjemahan kali ini.

Tl – serene
Editor – flubird
Typeset – kimochi haru (1-12) , Hiruna (12)
Encoder – tnine80
OP – kimochi haru
ED – susera
Qc – tnine80
Distro Distributor : Tapaw7

Ahad, 3 Disember 2017

[Ayasaku] Perang Zodiak – 09 [TV 720p AAC][MALAYSUB][9CBE1D0E]


720p : DDL

Pertarungan kali ini agak menggelikan, apabila tubuh badan yang terpisah dua mampu lagi bertarung dengan penuh semangat.

Nota Kaki : Jika telah terkena kad merah, pengadil akan memujuk pemain tersebut untuk keluar dari padang, dan ianya agak sukar memasuki perlawanan seterusnya oleh kerana masih di dalam pemerhatian dan pemantauan. Oleh itu, saya harap anda dapat memahaminya maksud yang tersirat. Jika saya ada masa, saya akan membalas semua mesej-mesej anda semua. Terima kasih.

Khamis, 30 November 2017

Isnin, 27 November 2017

[Ayasaku] Dies Irae – 07 [TV 720p AAC][MALAYSUB][F02F780F]


720p : DDL

Untuk episod akan datang mungkin kami agak lewat, oleh kerana penterjemah kebanggaan hiruna ingin bercuti dihari minggu katanya. Dari kebiasaannya semua penterjemah yang datang darinya kita boleh kategorikan "Agak baik, berbanding kami" dan juga beberapa orang yang agak popular diyoutube "Subber youtube" dan yang lain kami boleh gelarkan "Underground subber jenis live action".  Bagaimanapun kami doakan semua impiannya berjaya untuk menumbangkan kami dan yang lain-lain pada suatu hari nanti. Dan dia selalu berkata "Axsid seorang gagal" dan "Saya adalah musuh ketatnya". dan lagi satu ayatnya berbunyi "Jika Axsid itu seorang lelaki yang berani, sahut cabaran saya tahun hadapan". Kami juga menganggap dia juga serta penterjemahnya seorang yang berani menyerang serene. Bukan kami sahaja yang dia serang, semua group chatroom dia serang dengan mengkategorikan mereka "Subber bawah tempurung". Tapi apa yang kami pelik dia dengan penterjemahnya walaupun mempunyai 99% perbezaan pendapat dan sering bergaduh pada setiap hari tetapi kerja mereka tetap siap. Satu kombinasi yang agak mengejutkan kami dan agak jarang berlaku.

Sabtu, 25 November 2017

[Ayasaku] Perang Zodiak – 08 [TV 720p AAC][MALAYSUB][6BC511ED]


720p : DDL

Freezeee.... ia mengingatkan saya tentang filem Batman menentang Freeze sekitar tahun 1998. Tong yang dikendongnya hampir serupa, tetapi Freeze punya lebih kecil sedikit berbanding si Naga.

Kepada barisan Admin dan juga staf yang lain sila hubungi saya dihangout jika masih aktif, saya bagi masa 48jam untuk hubungi saya semula... jika tidak saya akan gugurkan semua anggota yang terlibat. Ada internet atau tiada saya bagi 48jam bermula dari sekarang dan berikan alasan kenapa menghilangkan diri tanpa berita.

Isnin, 20 November 2017

[Ayasaku] Dies Irae – 06 [TV 720p AAC][MALAYSUB] [BC10A205]


720p : DDL

Saya terlewat pula... kacak juga hero ni, tetapi apa yang saya pelik adalah berkaitan warna rambut Shiro dan Fujii. Warna rambutnya begitu sama dengan ketua-ketua penjahat tersebut, dan itu membuatkan saya tertanya-tanya selepas menonton episod kali ini. Episod untuk Anime ini tidaklah banyak mana,  dari apa yang saya tahu mereka jadi untuk membuat ONA sebanyak 6 episod selepas episod 11 nanti. Woo~ sama-samalah kita menantikannya.

Khamis, 16 November 2017

Ahad, 12 November 2017

[Ayasaku] Perang Zodiak – 06 [TV 720p AAC][MALAYSUB][4DB012AF]


720p : DDL

Kali ini tanda-tanda agak banyak walaupun nampak mudah. Terima kasih kerana sabar menunggu. Kami dapat  beberapa aduan dari Underground Subber yang lain persoalannya berbunyi kenapa kami meletakkan link lalat? Manalah kami tahu secara tiba-tiba kami agak popular sehinggakan terkena tahi lalat sehingga ke hari ini. Jawapannya terdapat pada pos kami yang lepas-lepas, jadi tidak perlu kami mengulanginya semula. Kami juga Underground Subber seperti yang lain-lain sebelum ini, jadi kami keluar dari kelompok yang agak suram untuk menjadi lebih bertamadun.

Selasa, 7 November 2017

[Ayasaku] Dies Irae – 04 [TV 720p AAC][MALAYSUB][900E367B]


720p : DDL

Kali ini agak lewat, sepatutnya awal tadi, tetapi oleh kerana kami tidak dapat mendaftar masuk ke sini, jadi ia agak menyukarkan kami untuk kemas kininya terlebih awal. Terima kasih kerana setia menantinya.

P/s : Kalau guna data telifon tiada masalah untuk terus masuk ke ruang admin tapi jikalau unifi atau screamix memang tersangkut dan putih satu skrin... lama pula tu... cis.

Ahad, 5 November 2017

[Ayasaku] Perang Zodiak – 05 [TV 720p AAC][MALAYSUB][91C4D3FB]


720p : DDL

Kali ini giliran si Kambing pula untuk beraksi, seorang yang banyak cakap dan tiada noktah pada dialog. Selalunya orang yang banyak bercakap ini, mempunyai masalah dalam hidupnya...

Sementara itu, kami ingin mengucapkan tahniah kepada tnine80 kerana baharu sahaja menimang cahaya mata lelaki pada pagi semalam pukul 5.40 pagi. Pejam celik, pejam celik sudah 6 orang anaknya... anda bila lagi? Patutlah ambil cuti selama 3 bulan, rupa-rupanya tunggu orang rumah bersalin.

Khamis, 2 November 2017

[Ayasaku] Dies Irae – 03 [TV 720p AAC][MALAYSUB][900E367B]


720p : DDL

Tiada kesimpulan untuk Anime ini, disebabkan kami tidak membaca novel, manga, atau sebaliknya... dan saya juga tidak memahaminya, adakah perang itu untuk menakluki dunia? Adakah ingin melancarkan perang terhadap sesuatu terpaksa menunggu berabad-abad lamanya hanya kerana seorang hero? Apa yang boleh saya simpulkan  Reinhard "Mephistopheles" Tristan Eugen Heydrich sebagai pemacu, Marie sebagai kunci untuk membuka kuasa-kuasa gelap dan Mercurius "Karl Ernst Kraft, Cagliostro" sebagai tukang kipas bagi menaikkan kemarahan atau kekuatan Fujii, Ren. Watak Marie pula ada memanggil Fuji, Ren sebagai Cagliostro tetapi Fuji, Ren memberitahu Marie itu bukan nama sebenarnya. Jadi sama-samalah kita menunggunya sehingga ke episod akhir untuk mengetahui kesudahannya.

Ahad, 29 Oktober 2017

[Ayasaku] Perang Zodiak – 04 [TV 720p AAC][MALAYSUB][38BD87B0]


720p : DDL

Kami agak lewat...

Kali ini menceritakan tentang kehidupan Sharyu, nama sebenarnya adalah Yuuki Masaki dan mempunyai slogan kata "Saya mengharapkan Keamanan" atau "Saya mengharapkan Kedamaian". Sharyu  bermaksud  atau mempunyai bunyi sebutan seakan-akan "Saru" bermaksud "Monyet". Sharyu bermaksud seperti sifat salah satu dari tanah (agak rumit untuk dijelaskan). Seorang pejuang yang tidak dikenali oleh kebanyakkan pejuang yang lain. Sharyu mempunyai corak tempur traditional yang diajar oleh gurunya bernama Mizaru, Iwazaru, Kikazaru iaitu memanipulasi cecair, pepejal-pepejal , dan gas (Sharyu mengambil keputusan tidak akan menggunakannya) dan juga alatan-alatan pertempuran seperti senjata-senjata biasa. Di dalam Anime dia berjaya menamatkan  300 konflik perang antarabangsa dan juga 200 perang saudara. Di dalam novel pula sebanyak 314 konflik antarabangsa dan 229 perang saudara. Saya ringkaskan, Sharyu tinggal bersama dengan teman lelakinya selama 5 tahun dan berjanji akan berkhawin setelah semuanya selesai (setelah pertarungan).  Sambungannya dalam episod ini...

Jumaat, 27 Oktober 2017

[Ayasaku] Dies Irae – 02 [TV 720p AAC][MALAYSUB][137C20E4]


720P: DDL      Patch : DDL

Patch : Membuang frame aac yang rosak,
Klik dua kali pada apply_patch_windows.bat sila tunggu seketika.

Jika berjaya ia akan jadi seperti ini

[Ayasaku] Dies Irae - 02v2 [TV 720p AAC][MALAYSUB][9B9CA329].mkv

 dan sila pastikan video itu diletakkan didalam folder yang sama.

Sedikit lewat, kali ini ada lagu buka dan juga lagu penutup. Pelik, ya? Kfx tidak berminat untuk membuatnya dan ini sangat jarang berlaku... bukan hanya sekarang tetapi sebelum anime ini keluar lagi (3 bulan lepas) mereka sudah berkata "Tidak akan atau sesekali membuatnya" . Sementara itu kami ada juga menyuruh seorang guru kelas bahasa jepun untuk menukarnya, lalu dia ketawa dan berkata ;

Mungkin, pembuat lirik  lagu ini  masih lagi dibangku sekolah dan keseluruhannya agak gelap... Jadi saya agak sibuk sekarang ini.


Oleh itu kami telah memaksa seseorang untuk melakukannya, ya, kita kena paksa!
Terima kasih kepada Susera kerana membuatnya dengan keadaan yang tak rela.

OP, ED, Lyrical : Susera sg