Isnin, 16 Oktober 2017

[Ayasaku] Perang Zodiak - 02 [TV 720p AAC][MALAYSUB][8CBF92CF]


DDL : 720p

Seperti biasa, setelah berbincang dan mendapat kata sepakat dari semua pihak, kami bersetuju untuk menukar tajuknya menjadi bahasa melayu. Kami tidak menjamin berapa lama pautan ini akan kekal bertahan. Kepada mereka yang berjaya muat turun jangan lupa simpannya baik-baik. Hoster kali ini bukan dari mega dan kami minta maaf kerana terpaksa memasukkan beberapa website iklan sebagai transparensi kepada pautan muat turun kami. Disamping itu juga kami wakil kepada si noel ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang spam inbox telegram memberikan kata-kata semangat kepadanya terutama orang pertama yang menghubunginya adalah Tapaw7 serta diikuti beberapa veteran yang lain dan juga peminat-peminat kami. Kali ini ada lagu penutup yang agak baik, terima kasih kepada Susera sg kerana turut membantu kami.

Nota : Semua pautan muat turun 99% telah diflag oleh hoster, kami akan membaikinya dalam masa yang terdekat. Sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana tak jemu-jemu datang kesini. Semua keuntungan dari shorturl yang kami kongsikan akan didermakan pada pihak yang memerlukan.

Selasa, 10 Oktober 2017

[Ayasaku] Dies Irae - 00 [TV 720p AAC][MALAYSUB][BA58FDD0]


720p : DDL    Lihat perbandingan gambar disini dan disini

Nota: Kemas kini Pautan Pada : 17/10/2017

Perbandingan hanya boleh dilihat dengan menggunakan komputer.

Terima kasih kepada seseorang yang bernama tnine80 kerana sanggup menghabiskan masanya didepan PC untuk tarik semua warna-warna di dalam video anime ini dan membuang apa yang tidak penting... ia bukan sesuatu yang mudah seperti apa yang kita minta dan ianya siap dengan segera seperti nasi bungkus. Jadi berikannya masa untuk memikirkan bagaimana untuk menjadikannya lebih baik. Mengikut jadual asal tnine80 tidak terbabit dalam siri Anime ini oleh kerana dia kurang berminat dan ianya hanya berminat pada siri Anime Juuni Taisen... Musim luruh ini agak meriah sedikit tidak seperti tahun-tahun lepas, hadirnya agak mengubah suasana... Bagaimanapun nama-nama yang akan turut menghancurkan dunia Dies Irae seperti tertera dibawah :

TL : Meimay
Editor, Keytime : Hiruna Ahmad
Encoder : Tnine80
Typesetting : noel
Qc : Meimay

Tiada lagu penutup buat masa ini, oleh kerana tiada sesiapa yang berminat untuk membuatnya. Mungkin pada episod 2 atau 3 nanti. Sekian terima kasih.

Sabtu, 7 Oktober 2017

[Ayasaku] Perang Zodiak - 01 [TV 720p AAC][MALAYSUB][002D807A]


720p : DDL              Sc 01   Sc 02 (Sila guna Pc)

Nota: Kemas kini Pautan Pada : 17/10/2017

Seperti apa yang dijanjikan... walaupun agak lewat sedikit. Selebihnya, boleh salahkan tnine80 disebabkan QCnya hampir memakan masa yang agak lama dan atau mungkin dia ingin menjual subtitle tersebut oleh kerana prosesnya agak lama dan terlalu cerewet. Anime kali ini banyak menggunakan warna gradient... jika video 8bit agak nampak timbulnya kotak-kotak ataupun dipanggil artifak dan sebagainya. Tiada group raw yang akan membuat penambahbaikan pada video dan prosesnya mungkin akan mengambil masa yang lama. Kali ini kami gunakan tnine80 untuk gantikan semua 8 bit gradient. Episod 2 akan datang bergantung kepada kecepatan gerak cahaya tnine80... dibawah adalah nama-nama pejuang yang turut terlibat dalam Peperangan Kedua Belas : Perang Zodiak :-

Tl - serene
Editor - flubird
Typeset - kimochi haru
Encoder - tnine80
Ed - kimochi haru
Qc - tnine80

Note : Sila guna KCP yang telah dinaik taraf, jika ingin re-encode menggunakan handbrake ~ well you know how bad is it. Please use megui or using bat file encoding.

Ok guys... Everybody, clap your hands.