Khamis, 30 November 2017

Isnin, 27 November 2017

[Ayasaku] Dies Irae – 07 [TV 720p AAC][MALAYSUB][F02F780F]


720p : DDL

Untuk episod akan datang mungkin kami agak lewat, oleh kerana penterjemah kebanggaan hiruna ingin bercuti dihari minggu katanya. Dari kebiasaannya semua penterjemah yang datang darinya kita boleh kategorikan "Agak baik, berbanding kami" dan juga beberapa orang yang agak popular diyoutube "Subber youtube" dan yang lain kami boleh gelarkan "Underground subber jenis live action".  Bagaimanapun kami doakan semua impiannya berjaya untuk menumbangkan kami dan yang lain-lain pada suatu hari nanti. Dan dia selalu berkata "Axsid seorang gagal" dan "Saya adalah musuh ketatnya". dan lagi satu ayatnya berbunyi "Jika Axsid itu seorang lelaki yang berani, sahut cabaran saya tahun hadapan". Kami juga menganggap dia juga serta penterjemahnya seorang yang berani menyerang serene. Bukan kami sahaja yang dia serang, semua group chatroom dia serang dengan mengkategorikan mereka "Subber bawah tempurung". Tapi apa yang kami pelik dia dengan penterjemahnya walaupun mempunyai 99% perbezaan pendapat dan sering bergaduh pada setiap hari tetapi kerja mereka tetap siap. Satu kombinasi yang agak mengejutkan kami dan agak jarang berlaku.

Sabtu, 25 November 2017

[Ayasaku] Perang Zodiak – 08 [TV 720p AAC][MALAYSUB][6BC511ED]


720p : DDL

Freezeee.... ia mengingatkan saya tentang filem Batman menentang Freeze sekitar tahun 1998. Tong yang dikendongnya hampir serupa, tetapi Freeze punya lebih kecil sedikit berbanding si Naga.

Kepada barisan Admin dan juga staf yang lain sila hubungi saya dihangout jika masih aktif, saya bagi masa 48jam untuk hubungi saya semula... jika tidak saya akan gugurkan semua anggota yang terlibat. Ada internet atau tiada saya bagi 48jam bermula dari sekarang dan berikan alasan kenapa menghilangkan diri tanpa berita.

Selasa, 21 November 2017

[BlurayAyasaku] Shuumatsu no Izetta – Volume 5


720p : DDL    1080p : DDL

Kami agak tertarik dengan penambahbaikan pada siri Doraemon yang dilakukan oleh tnine80 dan kami agak terkejut dia seorang yang agak pandai tentang encoding video bukan jenis re-encode. Malahan dia mempunyai berpuluh-puluh profile encoding dengan tag [xxxfansub][Anime][crack encoding setting] dan selepas melihatnya mesti agak susah untuk menipunya pada kemudian hari. Dan bukan itu sahaja dia juga mampu membuang layer transport protection level 3.

Bagaimanapun kami selitkan screenshot bagi siri Doraemon yang dimuat turun dari youtube dan juga penambahbaikan pada video tersebut bersaiz 360p.


Klik gambar untuk melihatnya lebih besar