Faq

Siapa kami?


Kami adalah sekumpulan manusia yang menghabiskan masa 24 jam dengan kerja, Dan laman ini adalah tempat kami untuk menyerlahkan bakat kami. Selain itu mereka yang berada disini adalah manusia yang rasa dirinya tidak menerima keadilan, dikhianati, kurang berpuas hati, Serta masalah-masalah lain yang berkaitan dengan dunia.


Kenapa anggota dekat sini terlalu ramai?


Minat kami adalah berbeza-beza dan kemahiran kami juga adalah berbeza-beza.


Kenapa website ini penuh dengan warna- warni?


Warna adalah sumber ilham dan sumber inspirasi yang penuh dengan rahsia.


Keluaran korang sampah dan tak boleh dimainkan ditelefon bimbit!


Tanya pada fansub luar kenapa keluaran mereka softsub, Selepas mendapat jawapannya, Baru tanya kami semula. Kami tiada cukup anggota untuk melakukannya dan kami serahkan kepada sesiapa yang sudi atau berminat untuk melakukannya. Fansub tidak melakukan hardsub pada setiap keluaran mereka. Kecuali terdapat banyak efek pada dialog dan kita panggil (line fx).


Kenapa tidak buat hardsub?


Setiap hari kami menerima soalan yang sama. Kami bukan grup penterjemah stream, Kehadiran kami ingin mengekalkan tradisi fansub-fansub diluar sana. Kami ingin membetulkan kesilapan ideologi dimalaysia apa perbezaannya grup sub stream dan grup fansub dimana sejak kami melakukan penyelidikan pada 2014-2016 hanya orang berumur sahaja yang tahu apa perbezaannya.   99% pemikiran rakyat malaysia terutamanya pada peminat Anime (golongan muda) pemikirannya telah dirosak oleh pendahulu kami. Sifat ego, serta sifat melindungi tidak kena tempat, tidak memahami persoalan serta memberikan jawapan yang kurang memuaskan, serta menyukarkan peminat baharu menceburinya serta mempelajarinya. Tiada perubahan semenjak 6 tahun kebelakangan ini dan sehingga sekarang. Sila baca undang-undang sumber terbuka jika anda ingin membangunkan sebuah fansub baharu. Pilih antara dua "Grup Sub Stream" atau "Grup Fansub". Jika anda inginkan "Grup Sub Stream" teruskan dan tiada sesiapa yang akan marah. Grup fansub selalu tidak dikategorikan popular oleh kerana kami akan buat jika berminat sahaja.


Apa perbezaan Grup Sub Stream dan Grup Fansub?


Kedua-duanya adalah kategori yang sama, Grup Sub Stream hanya tertumpu pada pemegang-pemegang gadjet dan tertumpu kepada mereka yang tidak sanggup menunggu lama. Selain itu setiap keluaran mereka adalah bersifat mesra pada semua peranti dan mudah dimainkan. Grup Fansub pula setiap hasil keluaran mereka memakan masa yang agak lama, selain itu Grup Fansub tertumpu pada pengumpul Anime untuk dijadikan koleksi peribadi. Mereka berhak untuk mengubahnya jika terdapat kejanggalan pada dialog seperti tertera pada kod sumber terbuka.


Apa itu Fansub?


Maksud "Fansub" adalah hasil gabungan antara Peminat dan Penterjemah, Setiap peminat mempunyai atau memiliki kemahiran tertentu yang tidak terdapat atau tidak ada pada penterjemah. Jadi dengan mengumpul peminat yang berkemahiran tinggi dapat menghasilkan keluaran yang lebih bermutu dan berkualiti lalu dikongsikan pada umum untuk dijadikan koleksi mereka sendiri.


Apa itu Subber?


Subber adalah golongan penterjemah yang tidak dibantu oleh sesiapa. Ia dilakukan secara sukarela dengan menggunakan berbagai-bagai nama. Subber adalah golongan pertama yang memperkenalkan dialog secara terbuka tanpa video. Kita boleh lihatnya di
https://subscene.com dan https://www.opensubtitles.org


Tolong sarikata Anime A dan B.


Kami tiada cukup anggota untuk melakukannya. Jadi kami minta maaf.


Kami lihat terdapat beberapa kesilapan ayat.


Anda boleh mengubahnya, Lalu menghantar semula skrip tersebut kepada kami dan kami akan membuat tampalan awal atau terakhir pada batch nanti lalu dikongsikan pada semua.

Kenapa website ayasaku.wordpress.com tidak berfungsi lagi?


Mungkin kerana, Mereka mencemburui kelebihan kami semua, Yang mereka tidak ada ada pada mereka. Take down keseluruhan laman sesawang adalah cara paling mudah untuk mereka.


Apa hala tuju Ayasaku?


Hala tuju kami adalah melahirkan lebih ramai lagi generasi baharu supaya dapat menanam minat ingin jadi seperti kami dan kami yakin setiap generasi yang baharu memiliki kelebihan mereka sendiri yang kami tidak milikinya.


Adakah Ayasaku minat bersaing?


Kami tidak melakukan persaingan oleh kerana semua kategori subber juga seperti satu keluarga, Apa yang kami lakukan adalah untuk peminat dan segala-galanya untuk peminat. Siang malam kami fikirkan tentang peminat, Adakah kami masih ada lagi dihati mereka?


Saya ingin memuat-naiknya semula.


Terpulang... lagipun kami lihat ramai yang berbuat begitu ditelegram. Anime untuk semua dan mereka berhak menikmatinya walau apa pun keadaannya. Asalkan dikreditkan nama kami itu sudah mencukupi oleh kerana ingin menjaga hati penterjemah dimana sifatnya boleh berubah pada bila-bila masa.


Adakah korang akan kekal softsub?


Ya... Kami akan kekal seperti ini dan selama-lamanya dan kami selalu membayangkan jika semua grup inggeris berkata "Kami hardsub oleh kerana ingin melindungi hak kami" kami agak takut jika terjadi begitu.


Kenapa keluaran Bluray terlalu lewat?


Tiada sesiapa yang senang untuk melakukannya kecuali jika penterjemah mempunyai masa terluang.


Bolehkah sesiapa sahaja menyertainya?


Ya, Sesiapa sahaja boleh menyertainya jika ada yang berminat. Dan kami akan letak nama anda serta posisi anda sekali dan ia akan kekal sampai bila-bila sebagai memperingati jasa anda.


Adakah kami perlu mensarikata Anime setiap musim jika telah menyertainya?


Tidak. Kami tidak minta begitu oleh kerana setiap manusia mempunyai masalah mereka sendiri. Anda buat jika anda suka dan beritahu kami semula dan kami akan selesaikan yang lain-lain (mungkin itu dahulu di ayasaku.wordpress.com tapi tidak di ayasaku.blogspot.com). Tetapi kami akan cuba bertolak ansur dimana kami akan bantu jika kami ada waktu terluang supaya impian anda tercapai.


Perlukah kami menjadi seorang profesional baru boleh menyertainya?


Ramai yang bertanya dan mereka takut untuk buat sesuatu yang mereka tidak boleh. Tiada istilah profesional dalam kerja-kerja seperti ini, Hanya serahkan pada yang berkebolehan jadi anda tidak perlu pening kepala.


Kenapa korang tak beli domain?


Kami bukan tidak mampu membelinya tetapi kami mempunyai alasan tersendiri kenapa kami tidak mahu membelinya.


Kami ingin membuat grup terjemahan sendiri setelah menyertainya.


Ya... Anda boleh pergi dan dirikan rumah anda sendiri dan bina keluarga anda sendiri seperti kami atau yang lain-lain.


Kenapa korang tak buat Hevc atau x265 sedangkan formatnya lebih kecil?


Ada banyak faktor fansub-fansub luar tidak membuatnya dan anda boleh cari di forum-forum kenapa mereka tidak membuatnya sehingga sekarang. Selalunya persoalan itu atau desakan itu datangnya dari mereka yang bukan terlibat dengan kerja-kerja terjemahan seperti kami termasuk beberapa typeset baris per baris. 


Kami berminat ingin belajar sesuatu kebolehan yang ada dekat sini.


Anda boleh belajar sendiri malah terdapat kaedah-kaedah diluar sana, Tetapi untuk mendapatkan kemahiran tersebut adalah berdasarkan pengalaman, Lagi banyak pengalaman yang anda tempuhi semakin banyak ilmu yang anda dapat. Setiap insan dimuka bumi ini bermula dari bawah, naik dan akan terus naik.