Khamis, 30 November 2017

Isnin, 27 November 2017

[Ayasaku] Dies Irae – 07 [TV 720p AAC][MALAYSUB][F02F780F]


720p : DDL

Untuk episod akan datang mungkin kami agak lewat, oleh kerana penterjemah kebanggaan hiruna ingin bercuti dihari minggu katanya. Dari kebiasaannya semua penterjemah yang datang darinya kita boleh kategorikan "Agak baik, berbanding kami" dan juga beberapa orang yang agak popular diyoutube "Subber youtube" dan yang lain kami boleh gelarkan "Underground subber jenis live action".  Bagaimanapun kami doakan semua impiannya berjaya untuk menumbangkan kami dan yang lain-lain pada suatu hari nanti. Dan dia selalu berkata "Axsid seorang gagal" dan "Saya adalah musuh ketatnya". dan lagi satu ayatnya berbunyi "Jika Axsid itu seorang lelaki yang berani, sahut cabaran saya tahun hadapan". Kami juga menganggap dia juga serta penterjemahnya seorang yang berani menyerang serene. Bukan kami sahaja yang dia serang, semua group chatroom dia serang dengan mengkategorikan mereka "Subber bawah tempurung". Tapi apa yang kami pelik dia dengan penterjemahnya walaupun mempunyai 99% perbezaan pendapat dan sering bergaduh pada setiap hari tetapi kerja mereka tetap siap. Satu kombinasi yang agak mengejutkan kami dan agak jarang berlaku.

Sabtu, 25 November 2017

[Ayasaku] Perang Zodiak – 08 [TV 720p AAC][MALAYSUB][6BC511ED]


720p : DDL

Freezeee.... ia mengingatkan saya tentang filem Batman menentang Freeze sekitar tahun 1998. Tong yang dikendongnya hampir serupa, tetapi Freeze punya lebih kecil sedikit berbanding si Naga.

Kepada barisan Admin dan juga staf yang lain sila hubungi saya dihangout jika masih aktif, saya bagi masa 48jam untuk hubungi saya semula... jika tidak saya akan gugurkan semua anggota yang terlibat. Ada internet atau tiada saya bagi 48jam bermula dari sekarang dan berikan alasan kenapa menghilangkan diri tanpa berita.

Selasa, 21 November 2017

[BlurayAyasaku] Shuumatsu no Izetta – Volume 5


720p : DDL    1080p : DDL

Kami agak tertarik dengan penambahbaikan pada siri Doraemon yang dilakukan oleh tnine80 dan kami agak terkejut dia seorang yang agak pandai tentang encoding video bukan jenis re-encode. Malahan dia mempunyai berpuluh-puluh profile encoding dengan tag [xxxfansub][Anime][crack encoding setting] dan selepas melihatnya mesti agak susah untuk menipunya pada kemudian hari. Dan bukan itu sahaja dia juga mampu membuang layer transport protection level 3.

Bagaimanapun kami selitkan screenshot bagi siri Doraemon yang dimuat turun dari youtube dan juga penambahbaikan pada video tersebut bersaiz 360p.


Klik gambar untuk melihatnya lebih besar

Isnin, 20 November 2017

[Ayasaku] Dies Irae – 06 [TV 720p AAC][MALAYSUB] [BC10A205]


720p : DDL

Saya terlewat pula... kacak juga hero ni, tetapi apa yang saya pelik adalah berkaitan warna rambut Shiro dan Fujii. Warna rambutnya begitu sama dengan ketua-ketua penjahat tersebut, dan itu membuatkan saya tertanya-tanya selepas menonton episod kali ini. Episod untuk Anime ini tidaklah banyak mana,  dari apa yang saya tahu mereka jadi untuk membuat ONA sebanyak 6 episod selepas episod 11 nanti. Woo~ sama-samalah kita menantikannya.

Khamis, 16 November 2017

Ahad, 12 November 2017

[Ayasaku] Perang Zodiak – 06 [TV 720p AAC][MALAYSUB][4DB012AF]


720p : DDL

Kali ini tanda-tanda agak banyak walaupun nampak mudah. Terima kasih kerana sabar menunggu. Kami dapat  beberapa aduan dari Underground Subber yang lain persoalannya berbunyi kenapa kami meletakkan link lalat? Manalah kami tahu secara tiba-tiba kami agak popular sehinggakan terkena tahi lalat sehingga ke hari ini. Jawapannya terdapat pada pos kami yang lepas-lepas, jadi tidak perlu kami mengulanginya semula. Kami juga Underground Subber seperti yang lain-lain sebelum ini, jadi kami keluar dari kelompok yang agak suram untuk menjadi lebih bertamadun.

Jumaat, 10 November 2017

Selasa, 7 November 2017

[Ayasaku] Dies Irae – 04 [TV 720p AAC][MALAYSUB][900E367B]


720p : DDL

Kali ini agak lewat, sepatutnya awal tadi, tetapi oleh kerana kami tidak dapat mendaftar masuk ke sini, jadi ia agak menyukarkan kami untuk kemas kininya terlebih awal. Terima kasih kerana setia menantinya.

P/s : Kalau guna data telifon tiada masalah untuk terus masuk ke ruang admin tapi jikalau unifi atau screamix memang tersangkut dan putih satu skrin... lama pula tu... cis.

Ahad, 5 November 2017

[Ayasaku] Perang Zodiak – 05 [TV 720p AAC][MALAYSUB][91C4D3FB]


720p : DDL

Kali ini giliran si Kambing pula untuk beraksi, seorang yang banyak cakap dan tiada noktah pada dialog. Selalunya orang yang banyak bercakap ini, mempunyai masalah dalam hidupnya...

Sementara itu, kami ingin mengucapkan tahniah kepada tnine80 kerana baharu sahaja menimang cahaya mata lelaki pada pagi semalam pukul 5.40 pagi. Pejam celik, pejam celik sudah 6 orang anaknya... anda bila lagi? Patutlah ambil cuti selama 3 bulan, rupa-rupanya tunggu orang rumah bersalin.

Khamis, 2 November 2017

[Ayasaku] Dies Irae – 03 [TV 720p AAC][MALAYSUB][900E367B]


720p : DDL

Tiada kesimpulan untuk Anime ini, disebabkan kami tidak membaca novel, manga, atau sebaliknya... dan saya juga tidak memahaminya, adakah perang itu untuk menakluki dunia? Adakah ingin melancarkan perang terhadap sesuatu terpaksa menunggu berabad-abad lamanya hanya kerana seorang hero? Apa yang boleh saya simpulkan  Reinhard "Mephistopheles" Tristan Eugen Heydrich sebagai pemacu, Marie sebagai kunci untuk membuka kuasa-kuasa gelap dan Mercurius "Karl Ernst Kraft, Cagliostro" sebagai tukang kipas bagi menaikkan kemarahan atau kekuatan Fujii, Ren. Watak Marie pula ada memanggil Fuji, Ren sebagai Cagliostro tetapi Fuji, Ren memberitahu Marie itu bukan nama sebenarnya. Jadi sama-samalah kita menunggunya sehingga ke episod akhir untuk mengetahui kesudahannya.