Di sini terdapat rakaman paparan skrin yang saya telah buat dan prosesnya adalah sama seperti fansub-fansub barat, terutamanya softsub di luar sana. Anda cuma perlu ada sebuah komputer untuk melakukannya.
Bagaimana ingin menampal keseluruhan video terutamanya pada Tampalan Terakhir?
Menyebut tentang Batch, tidak semua grup akan melakukannya, jika mereka tiada komitmen ingin melakukannya. Batch adalah hasil terkumpul yang dikongsikan oleh penonton kepada kami semula jika terdapat beberapa kesalahan dalam keluaran tersebut. Batch mempunyai pelbagai kategori (Pada zaman sekarang) jika dibarat mereka akan buat sama seperti kami.
Proses tampalan terakhir boleh dilihat dibawah.
Peringatan : Hanya fail asal sahaja boleh ditampal, versi re-encode tidak boleh. Fail yang telah ditukar nama pun tidak boleh, jika anda hanya menukar nama fail tapi tidak di re-encode, anda harus kembalikan nama fail yang telah ditukar tersebut kepada keadaan asal. Setelah semua proses batch telah selesai anda boleh menukar nama fail tersebut mengikut kehendak anda.