Ahad, 29 Oktober 2017

[Ayasaku] Perang Zodiak – 04 [TV 720p AAC][MALAYSUB][38BD87B0]


720p : DDL

Kami agak lewat...

Kali ini menceritakan tentang kehidupan Sharyu, nama sebenarnya adalah Yuuki Masaki dan mempunyai slogan kata "Saya mengharapkan Keamanan" atau "Saya mengharapkan Kedamaian". Sharyu  bermaksud  atau mempunyai bunyi sebutan seakan-akan "Saru" bermaksud "Monyet". Sharyu bermaksud seperti sifat salah satu dari tanah (agak rumit untuk dijelaskan). Seorang pejuang yang tidak dikenali oleh kebanyakkan pejuang yang lain. Sharyu mempunyai corak tempur traditional yang diajar oleh gurunya bernama Mizaru, Iwazaru, Kikazaru iaitu memanipulasi cecair, pepejal-pepejal , dan gas (Sharyu mengambil keputusan tidak akan menggunakannya) dan juga alatan-alatan pertempuran seperti senjata-senjata biasa. Di dalam Anime dia berjaya menamatkan  300 konflik perang antarabangsa dan juga 200 perang saudara. Di dalam novel pula sebanyak 314 konflik antarabangsa dan 229 perang saudara. Saya ringkaskan, Sharyu tinggal bersama dengan teman lelakinya selama 5 tahun dan berjanji akan berkhawin setelah semuanya selesai (setelah pertarungan).  Sambungannya dalam episod ini...

Jumaat, 27 Oktober 2017

[Ayasaku] Dies Irae – 02 [TV 720p AAC][MALAYSUB][137C20E4]


720P: DDL      Patch : DDL

Patch : Membuang frame aac yang rosak,
Klik dua kali pada apply_patch_windows.bat sila tunggu seketika.

Jika berjaya ia akan jadi seperti ini

[Ayasaku] Dies Irae - 02v2 [TV 720p AAC][MALAYSUB][9B9CA329].mkv

 dan sila pastikan video itu diletakkan didalam folder yang sama.

Sedikit lewat, kali ini ada lagu buka dan juga lagu penutup. Pelik, ya? Kfx tidak berminat untuk membuatnya dan ini sangat jarang berlaku... bukan hanya sekarang tetapi sebelum anime ini keluar lagi (3 bulan lepas) mereka sudah berkata "Tidak akan atau sesekali membuatnya" . Sementara itu kami ada juga menyuruh seorang guru kelas bahasa jepun untuk menukarnya, lalu dia ketawa dan berkata ;

Mungkin, pembuat lirik  lagu ini  masih lagi dibangku sekolah dan keseluruhannya agak gelap... Jadi saya agak sibuk sekarang ini.


Oleh itu kami telah memaksa seseorang untuk melakukannya, ya, kita kena paksa!
Terima kasih kepada Susera kerana membuatnya dengan keadaan yang tak rela.

OP, ED, Lyrical : Susera sg

Sabtu, 21 Oktober 2017

[Ayasaku] Perang Zodiak – 03 [TV 720p AAC][MALAYSUB][162D4684]


720p: DDL

Kali ini menggunakan skrip versi ketiga tnine80 yang baharu sahaja dinaik taraf dan ianya skrip terakhir daripada beliau dan video raw darinya terlebih besar dari sebelumnya dan proses re-encodenya agak lama... bagaimanapun episod seterusnya kami akan menggunakan skrip versi ketiga beliau. Untuk video lagu buka dan video lagu penutup masih lagi menggunakan skrip keduanya. Tiada perubahan yang  akan dilakukan selepas ini menurut kenyataannya. Jangan lupa import ke akaun peribadi! Sekian terima kasih!

Khamis, 19 Oktober 2017

[Ayasaku] Dies Irae - 01 [TV 720p AAC][MALAYSUB][C3074E49]


720p: DDL

Sudah lama menantinya? Kali ini tiada lagu buka dengan lagu penutup, kemungkinan pada episod 3 nanti.  Ada yang bertanya, adakah kami akan menggantikan simpanan atas awan, pada suatu hari nanti? Ya atau tidak, tetapi jika boleh... kami akan cuba dapatkannya semula akaun kami yang telah dibekukan. Apa yang ada ambil dahulu selebihnya kami akan usahakan.

Isnin, 16 Oktober 2017

[Ayasaku] Perang Zodiak - 02 [TV 720p AAC][MALAYSUB][8CBF92CF]


DDL : 720p

Seperti biasa, setelah berbincang dan mendapat kata sepakat dari semua pihak, kami bersetuju untuk menukar tajuknya menjadi bahasa melayu. Kami tidak menjamin berapa lama pautan ini akan kekal bertahan. Kepada mereka yang berjaya muat turun jangan lupa simpannya baik-baik. Hoster kali ini bukan dari mega dan kami minta maaf kerana terpaksa memasukkan beberapa website iklan sebagai transparensi kepada pautan muat turun kami. Disamping itu juga kami wakil kepada si noel ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang spam inbox telegram memberikan kata-kata semangat kepadanya terutama orang pertama yang menghubunginya adalah Tapaw7 serta diikuti beberapa veteran yang lain dan juga peminat-peminat kami. Kali ini ada lagu penutup yang agak baik, terima kasih kepada Susera sg kerana turut membantu kami.

Nota : Semua pautan muat turun 99% telah diflag oleh hoster, kami akan membaikinya dalam masa yang terdekat. Sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana tak jemu-jemu datang kesini. Semua keuntungan dari shorturl yang kami kongsikan akan didermakan pada pihak yang memerlukan.

Selasa, 10 Oktober 2017

[Ayasaku] Dies Irae - 00 [TV 720p AAC][MALAYSUB][BA58FDD0]


720p : DDL    Lihat perbandingan gambar disini dan disini

Nota: Kemas kini Pautan Pada : 17/10/2017

Perbandingan hanya boleh dilihat dengan menggunakan komputer.

Terima kasih kepada seseorang yang bernama tnine80 kerana sanggup menghabiskan masanya didepan PC untuk tarik semua warna-warna di dalam video anime ini dan membuang apa yang tidak penting... ia bukan sesuatu yang mudah seperti apa yang kita minta dan ianya siap dengan segera seperti nasi bungkus. Jadi berikannya masa untuk memikirkan bagaimana untuk menjadikannya lebih baik. Mengikut jadual asal tnine80 tidak terbabit dalam siri Anime ini oleh kerana dia kurang berminat dan ianya hanya berminat pada siri Anime Juuni Taisen... Musim luruh ini agak meriah sedikit tidak seperti tahun-tahun lepas, hadirnya agak mengubah suasana... Bagaimanapun nama-nama yang akan turut menghancurkan dunia Dies Irae seperti tertera dibawah :

TL : Meimay
Editor, Keytime : Hiruna Ahmad
Encoder : Tnine80
Typesetting : noel
Qc : Meimay

Tiada lagu penutup buat masa ini, oleh kerana tiada sesiapa yang berminat untuk membuatnya. Mungkin pada episod 2 atau 3 nanti. Sekian terima kasih.

Sabtu, 7 Oktober 2017

[Ayasaku] Perang Zodiak - 01 [TV 720p AAC][MALAYSUB][002D807A]


720p : DDL              Sc 01   Sc 02 (Sila guna Pc)

Nota: Kemas kini Pautan Pada : 17/10/2017

Seperti apa yang dijanjikan... walaupun agak lewat sedikit. Selebihnya, boleh salahkan tnine80 disebabkan QCnya hampir memakan masa yang agak lama dan atau mungkin dia ingin menjual subtitle tersebut oleh kerana prosesnya agak lama dan terlalu cerewet. Anime kali ini banyak menggunakan warna gradient... jika video 8bit agak nampak timbulnya kotak-kotak ataupun dipanggil artifak dan sebagainya. Tiada group raw yang akan membuat penambahbaikan pada video dan prosesnya mungkin akan mengambil masa yang lama. Kali ini kami gunakan tnine80 untuk gantikan semua 8 bit gradient. Episod 2 akan datang bergantung kepada kecepatan gerak cahaya tnine80... dibawah adalah nama-nama pejuang yang turut terlibat dalam Peperangan Kedua Belas : Perang Zodiak :-

Tl - serene
Editor - flubird
Typeset - kimochi haru
Encoder - tnine80
Ed - kimochi haru
Qc - tnine80

Note : Sila guna KCP yang telah dinaik taraf, jika ingin re-encode menggunakan handbrake ~ well you know how bad is it. Please use megui or using bat file encoding.

Ok guys... Everybody, clap your hands.