Memaparkan catatan dengan label Clione no Akari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Clione no Akari. Papar semua catatan

Sabtu, 30 September 2017

[Ayasaku] Clione no Akari - 12 Akhir [TV 720p AAC][MALAYSUB][D544626D]


720p: DDL

Tamat akhirnya, terima kasih kepada mereka Mei May penterjemah, Hiruna Ahmad editor, deko hayaku lirik, noelsix typeset dan juga norry untuk karaoke kerana menjayakan siri Anime kali ini. Untuk anime akan datang mungkin kami akan lewat dalam beberapa hari. Nota terakhir, dalam episod yang lepas jika di dalam novel berkenaan dengan Minori tidak terdapat di dalam anime... Ini apa yang kami boleh jelaskan (Ianya agak panjang tapi saya akan permudahkan).

Telifon bimbit yang dipegang oleh Minori tidak terdapat kad sim prabayar, itu apa yang telah diberitahu oleh ibu saudaranya jika didalam novel (Di dalam anime tertera perkataan No Service pada telifon bimbitnya). Minori adalah pesakit yang sukar untuk dijelaskan oleh doktor (tidak dijelaskan didalam novel sebab saya baca separuh saja). Setelah Minori memiliki telifon bimbit ia sering tersenyum malah selalu bercakap bersendirian kadang-kala Jururawat memerhatinya seperti ia sedang menghantar mesej kepada seseorang (Di dalam anime Minori pernah menghantar mesej kepada mereka berdua tetapi tidak dapat di hantar malah tidak menerima sebarang pesanan di dalam peti masuknya). Dan itu menyebabkan mereka salah faham dan menganggap Minori mengalami masalah mental. Sebelum ini Minori ada meminta Ibu saudaranya menghantarnya ke sekolah dengan alasan ingin mencipta kenangan sebelum hari-hari terakhirnya. Tetapi apa yang dia lalui selama ini agak mengecewakan dan akhirnya berjumpa dengan Takashi dan Kyoko... Minori agak gembira dan sering menceritakan tentang dua orang kawannya yang berada disekolah kepada Ibu saudaranya. Doktor dan Jururawat menganggap semua itu hanya halusinasi yang dialami oleh Minori. <skip> Ketika detik-detik akhir Ibu Saudaranya menelifon pihak sekolah supaya memberitahu kepada dua orang kawannya yang bernama Takashi dan kyoko. Selebihnya pada episod 12... Sekian terima kasih kerana sentiasa bersama kami.

Ahad, 6 Ogos 2017

[Ayasaku] Clione no Akari - 04 [TV 720p AAC][MALAYSUB][C094F7CD]


720p : DDL

Kali ini sedikit lewat... Bagaimanapun terdapat sedikit perubahan pada video, pertama kami telah membuang Opening song ( Lagu buka) oleh kerana terdapat kanser pada lagu buka yang baru. Jadi kami telah ganti kepada yang lama kerana yang lama tidak terdapat kanser pada lagu buka.

Kedua setelah menonton Ulang semula dan tukar kepada audio kedua, pada minit 5:40 kamu akan dengar lagu penutup (cover penuh) dinyanyikan oleh seseorang... Jangan tanya siapa yang menyanyikan lagu tersebut... Senyap je... kami faham lagu penutup penuh masih belum keluar apatah lagi liriknya... itu rahsia...

ketiga - kali ini ada op dan ed

kfx - norry
lyrical - deko

Sabtu, 22 Julai 2017

[Ayasaku] Clione no Akari - 02 [TV 720p AAC][MALAYSUB][D1F305D5]


720p: DDLDDL

Kali ini agak lambat sedikit oleh kerana editor sukarela banyak kerja sekolah.

Selain itu, memandangkan sahabat kita @noelsix baru sahaja kehilangan bonda tercintanya pada hari rabu (19.07.2017) pukul 11 pagi, apa yang saya cuba ingin sampaikan semoga beliau tabah menerima kehilangan bonda tersayang. InsyaAllah semoga arwah, bakal ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Mari kita bersama-sama sedekahkan bacaan Al Fatihah kepada arwah ibunya. Sekian terima kasih.

Ahad, 16 Julai 2017

[Ayasaku] Clione no Akari - 01 [TV 720p AAC][MALAYSUB][9105166E]


720p: DDL

OP dan ED tiada lirik rasmi buat masa ini... Anime pendek yang berkisarkan tentang pelajar yang sering dibuli disekolah. Mungkin kita tidak tahu perasaan mereka apabila dibuli tetapi jawapannya ada pada mereka sendiri. Mula-mula saya tidak teringin untuk buat typeset untuk anime ini tetapi memandangkan si rambut kuning
(Saya tak ingat nama dia sebab saya tak boleh nak tonton dua kali)ini tersepak baldi lalu jatuh, jadi saya berminat untuk membuatnya. Kredit kepada mereka yang banyak membantu untuk siapkannya.

TL : MeiMay (CaptureGroup)
EDITOR : Hiruna Ahmad (CaptureGroup)
TYPESET : noel