720p: DDL
Tamat akhirnya, terima kasih kepada mereka Mei May penterjemah, Hiruna Ahmad editor, deko hayaku lirik, noelsix typeset dan juga norry untuk karaoke kerana menjayakan siri Anime kali ini. Untuk anime akan datang mungkin kami akan lewat dalam beberapa hari. Nota terakhir, dalam episod yang lepas jika di dalam novel berkenaan dengan Minori tidak terdapat di dalam anime... Ini apa yang kami boleh jelaskan (Ianya agak panjang tapi saya akan permudahkan).
Telifon bimbit yang dipegang oleh Minori tidak terdapat kad sim prabayar, itu apa yang telah diberitahu oleh ibu saudaranya jika didalam novel (Di dalam anime tertera perkataan No Service pada telifon bimbitnya). Minori adalah pesakit yang sukar untuk dijelaskan oleh doktor (tidak dijelaskan didalam novel sebab saya baca separuh saja). Setelah Minori memiliki telifon bimbit ia sering tersenyum malah selalu bercakap bersendirian kadang-kala Jururawat memerhatinya seperti ia sedang menghantar mesej kepada seseorang (Di dalam anime Minori pernah menghantar mesej kepada mereka berdua tetapi tidak dapat di hantar malah tidak menerima sebarang pesanan di dalam peti masuknya). Dan itu menyebabkan mereka salah faham dan menganggap Minori mengalami masalah mental. Sebelum ini Minori ada meminta Ibu saudaranya menghantarnya ke sekolah dengan alasan ingin mencipta kenangan sebelum hari-hari terakhirnya. Tetapi apa yang dia lalui selama ini agak mengecewakan dan akhirnya berjumpa dengan Takashi dan Kyoko... Minori agak gembira dan sering menceritakan tentang dua orang kawannya yang berada disekolah kepada Ibu saudaranya. Doktor dan Jururawat menganggap semua itu hanya halusinasi yang dialami oleh Minori. <skip> Ketika detik-detik akhir Ibu Saudaranya menelifon pihak sekolah supaya memberitahu kepada dua orang kawannya yang bernama Takashi dan kyoko. Selebihnya pada episod 12... Sekian terima kasih kerana sentiasa bersama kami.